Sunday, February 23, 2014

simple muffin dan sedap

assalammualaikum..

hai semua,apa khbar uuoolllsss?
hari ini ain nak kongsi resepi muffin coklat yang simple btol nak buat dan insya allah jadi coz ain buat ni pun jadi dah..
ok resepi ni ain ambik dari blog Hanafzuan Abadi jadi jom try buat

bahan-bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  1. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  1. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  1. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  1. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  1. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8




ni sebelum dia bakar sory coklat chip bersepah sikit


ok tengah bakar time ni dah excited yak sabar nak tunggu dia siap


taaa daaa dia siap masak 


ni bentuk keliling dia nampak cantik je kan bila time nak kuar dr paper cur tu pun senang gak


ni bila kita belah tengah nampak gebu dia di situ kan

ok lah samapi sini je nanti cuba lah try ok tak rugi org kata memang berbaloi baloi lah hehehe
sekian terima kasih kerana sudi membaca 


Saturday, February 1, 2014

tahun baru cina

assalammualaikum..

selamat tahun baru cina uuuoolllsss
cuti tahun baru cina ni lama mesti ramai yang balik kampung kan
selamat balik bercuti berhati-hati di jalan raya tak mahu pandu laju-laju macam nak g lumba kt sepang 
tahun baru cina ni ain dapt cuti 5 hari
cuti dok menghabiskan masa dgn kuar enjoy dgn best friend,kemas rumah 
di samping menyiapkan baju-baju custmer
dah tu dgn kepala demam +++ dh bape hari asyik ok xok
tp alhamdulilah mybe ini tanda syg allah swt pada ain dgn memberi sakit 
supaya ain sentiasa mengingati ye

tahun ni tahun kuda so nak gak ambik gambar kt kuda
jd pergi jalan2x kat sunway prymid jumpa
patung kuda jd ambik peluang ambik lah gambar
tttaaaddddaaa
kan dh dapat pegang kuda walaupun kuda tipu je

ok ni muka bajet comel.. ok time ni ain dating dgn bdk kecik ni
so faham-faham lah klu dah tahun baru cina bugga sakura conform lah mesti ada
 klu x warna merah warna pink 
ok ni gambar budak demok yg dr td xbehenti mengunyah huhuhu
ok cukuplah sampai sini je esok sambung g
k bye2x uuuooolllsss